BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 23 February 2012

Cikgu Patricia, bertugas di SMK SERI PATIAMBUN,Limbang, Sarawak. Beliau telah melanggan SPAKS pada tahun 2011. Pada Disember 2011 beliau berada di UUM Sintok, Kedah. Semasa di sini, beliau telah mengambil kesempatan untuk belajar teknik - teknik penggunaan SPAKS.

Tuesday 26 October 2010

Kursus di SMK Putrajaya Presint 9 (1)



Pada 25 Oktober 2010 jan 2 petang saya telah memberi penerangan dan latihan kepada guru- guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1). Guru - guru diajar teknik penggunaan SPAKS dan cara - cara mengendalikan SPAKS dengan betul.

Tuesday 9 February 2010

Kursus di SMK Tasik Damai




Pada 14 Oktober 2010 jam 12.30 saya telah memberi kursus mengenai teknik pengisian SPAKS dan cara menguruskan data kokurikulum di SMK Tasik Damai, Ipoh, Perak. Kursus selama 2 jam itu telah dihadiri oleh seramai 20 orang guru termasuk Penolong Kanan Kokurikulum iaitu En Rajendran.

Friday 23 October 2009

Perjumpaan di SMK Desa Tun Hussein Onn

Kursus SPAKS di SMK PUCHONG

Latihan di Kuala Selangor 20 Okt 2009


Friday 21 August 2009

Taklimat SPAKS di Kuala Selangor





Pada 20 Ogos 2009, jam 2.00 petang saya telah memberikan taklimat kepada penolong-penolong kanan kokurikulum daerah Kuala Selangor. Taklimat ini dihadiri oleh pengerusi majlis pemuafakatan penolong kanan kokurikulum daerah Kuala Selangor,penolong pegawai pelajaran daerah Kuala Selangor ( Kokurikulum ) serta 16 orang penolong kanan kokurikulum sekolah menengah .Taklimat tersebut diadakan di SMK Puncak Alam, Sungai Buloh, Selangor.

Disini saya ingin merakamkan setinggi - tinggi penghargaan kepada Cikgu Halim bin Omar, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Puncak Alam, Selangor, yang telah bersusah payah mengatur supaya program ini dapat diperkenalkan di semua sekolah daerah Kuala Selangor.

Alhamdulillah,kebanyakkan yang hadir dapat menerima SPAKS walaupun pada mulanya ada sekolah yang agak ragu sebelum melihat apa yang ada dalam SPAKS. Ada yang cuba bandingkan SPAKS dengan sistem lain yang lebih murah. Tapi bila dibandingkan, SPAKS adalah berbeza sama sekali dengan sistem lain yang hanya memproses markah untuk pengiraan 10%. ke IPTA sahaja. SPAKS adalah pangkalan data kokurikulum yang sebenarnya.

Saya bercadang untuk mmberi kursus secara untuk semua sekolah menengah dalam daerah Kuala Selangor yang telah membeli SPAKS yang mungkin diadakan di satu tempat.