BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 21 August 2009

Taklimat SPAKS di Kuala Selangor





Pada 20 Ogos 2009, jam 2.00 petang saya telah memberikan taklimat kepada penolong-penolong kanan kokurikulum daerah Kuala Selangor. Taklimat ini dihadiri oleh pengerusi majlis pemuafakatan penolong kanan kokurikulum daerah Kuala Selangor,penolong pegawai pelajaran daerah Kuala Selangor ( Kokurikulum ) serta 16 orang penolong kanan kokurikulum sekolah menengah .Taklimat tersebut diadakan di SMK Puncak Alam, Sungai Buloh, Selangor.

Disini saya ingin merakamkan setinggi - tinggi penghargaan kepada Cikgu Halim bin Omar, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Puncak Alam, Selangor, yang telah bersusah payah mengatur supaya program ini dapat diperkenalkan di semua sekolah daerah Kuala Selangor.

Alhamdulillah,kebanyakkan yang hadir dapat menerima SPAKS walaupun pada mulanya ada sekolah yang agak ragu sebelum melihat apa yang ada dalam SPAKS. Ada yang cuba bandingkan SPAKS dengan sistem lain yang lebih murah. Tapi bila dibandingkan, SPAKS adalah berbeza sama sekali dengan sistem lain yang hanya memproses markah untuk pengiraan 10%. ke IPTA sahaja. SPAKS adalah pangkalan data kokurikulum yang sebenarnya.

Saya bercadang untuk mmberi kursus secara untuk semua sekolah menengah dalam daerah Kuala Selangor yang telah membeli SPAKS yang mungkin diadakan di satu tempat.

0 comments: